Penyerang muda Kedah, Akhyar Rashid, menganggap peranan pemain import baru, Andik Vermansah, lebih besar berbanding dirinya meskipun tampil sebagai wira pasukan menerusi jaringan tunggal berdepan PKNP FC, semalam.
Satu pertemuan sengit dan menarik tercetus apabila kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan cemerlang. Bagaimanapun, Akhyar berjaya mencipta jaringan bagi memastikan skuad Lang Merah mencipta kemenangan sulung bagi musim ini.
Akhyar gembira apabila berjaya mencipta gol kemenangan 1-0 dalam perlawanan itu tetapi mengakui kehadiran bekas pemain Selangor, Andik, merupakan kunci kemenangan pasukan.
"Pada pendapat saya, Andik merupakan seorang pemain yang berpengalaman dan berkualiti, jaringan Kedah dalam perlawanan ini merupakan hasil daripada gerakannya," kata Akhyar.
Pengendali PKNP, Abu Bakar Fadzim, turut menyuarakan perkara yang sama dengan kehadiran pemain kebangsaan Indonesia itu memberikan nafas baru dalam jentera serangan Kedah.
"Kemasukan Andik dalam pasukan Kedah dilihat sebagai tonik untuk memburu kemenangan dalam perlawanan ini," katanya.
Kredit: Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah -