Jurulatih UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail, meluahkan kelegaan apabila pasukannya memulakan saingan Liga Perdana dengan langkah kanan apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1 di Stadium UiTM, Shah Alam, semlam.
"Kami mengambil kesempatan sepenuhnya bermain di laman sendiri dan pemain saya beraksi bersungguh-sungguh, terutama dalam separuh masa pertama. Kami mendapat banyak peluang.
"Cuma, dalam separuh masa kedua, Pulau Pinang yang lebih berpengalaman cepat menyesuaikan diri dan mereka cuba bangkit dengan strategi mereka," katanya.
Kedua-dua pasukan turun dengan sasaran merakamkan keputusan positif pada aksi sulung musim ini.
UiTM memulakan babak pertama dengan agresif dalam usaha meraih jaringan awal dan hasil tekanan berterusan, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Saddam Hashim pada minit ke-18.
UiTM pada awalnya mencipta beberapa lagi peluang gol, namun gagal menambah jaringan dalam babak pertama.
Masuk babak kedua, Pulau Pinang mula mengatur gerakan lebih tersusun di kawasan lawan dan usaha mereka untuk menyamakan kedudukan berhasil apabila Ken Ilso Larsen menyamakan kedudukan pada minit ke-75.
Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan seri, UiTM kembali di depan menerusi penyerang import Argentina, Lucas Ramon, pada minit ke-85.
Malah, tuan rumah kemudian memastikan tiga mata apabila Bakary Dao menyudahkan umpanan Ramon pada masa kecederaan untuk gol ketiga pasukannya.
Sementara itu, jurulatih Pualau Pinang, Zainal Abidin Hassan, berkata: "Banyak perkara yang harus kami perbaiki.
"Kita nampak dalam separuh masa kedua, Pulau Pinang mengusai perlawanan dan mencari gol penyamaan.
"Alhamdulillah, kami dapat melakukkannya tetapi ketika memburu gol kedua, kami leka dengan corak permainan."