Elseid Hysaj mendedahkan dirinya tidak berniat untuk meninggalkan Napoli dan akan menandantangani kontrak baru tidak lama lagi, menurut ejennya, Mario Giuffredi.
Manchester United dilaporkan menyediakan tawaran buat pemain bek kanan yang mengikut langkah Maurizio Sarri menyertai Napoli dari Lazio pada 2015.
Masa depan Hysaj menjadi tanda tanya selepas kedudukan Sarri bersama kelab dikatakan belum terjamin, tatkala pengurus Partenopei itu masih belum mengesahkan statusnya sama ada kekal atau tidak pada musim depan.
Bagaimanapun, pertahanan dari Albania itu tetap dengan keputusan untuk kekal di Naples, tidak kira apa yang berlaku.
"Hysaj akan kekal sebagai pemain Napoli dan tidak bergantung kepada status Sarri," ujar Giuffredi.
"Kami sudah mula berbincang dengan kelab tentang pembaharuan kontrak tetapi ia ditangguhkan kerana Scudetto menjadi keutamaan.
"Saya tidak pasti jika ada pihak yang cuba membawanya keluar tetapi saya tidak rasa ia akan berlaku."
Dalam masa sama, Giuffredi mengesahkan seorang lagi pemain yang berada di bawah jagaannya, Luigi Sepe, yang beraksi sebagai penjaga gol akan meninggalkan Napoli bagi mendapatkan peluang pasukan utama.