Skip to main content
Advertisement

Hoki

Piala Asia: Malaysia belasah Singapura 13-0

hoki wanita b-18.

Skuad hoki wanita B-18 negara menghidupkan peluang ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Asia B-18 Wanita 2026 apabila membelasah Singapura 13-0 dalam aksi kedua Kumpulan A di Kakamigahara, Jepun hari ini.

Selepas tewas tipis 1-2 kepada India dalam aksi pertama semalam, skuad bimbingan Siti Amira Ruhani itu bangkit penuh gaya dengan pesta jaringan.

Nur Qaisara Qistina Mohd Khairi dan Nurfitrah Nadhia Shamsudin muncul pemain paling cemerlang, masing-masing dengan tiga jaringan manakala Nur Qashrina Azli dan Nur Zariefah Dania Mazlan pula meledakkan gola berganda dalam perlawanan itu.

Tiga lagi penjaring gol negara ialah Nur Hidayah Misra Othman, Khaleesya Zahra Khairul Fazly dan Aqhinatul Safiyyah Hashmi.

Malaysia seterusnya akan menentang Korea Selatan bagi menentukan pasukan mana yang akan melangkah ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan pada Selasa ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video