Skip to main content

Bola Sepak

Satu negara terkejut, pemain buat keputusan paling tidak menyesal dalam hidup

Woud

Piala Dunia merosakkan rancangan perkahwinan penjaga gol New Zealand. 

Penjaga gol Auckland, Michael Woud, sedikit pun tidak menyesal untuk menangguhkan rancangan perkahwinannya selepas dipilih dalam skuad New Zealand menjelang Piala Dunia yang akan berlangsung berbaku seminggu sahaja lagi. 

Woud mengungkapkan sesuatu penuh dramatik dengan menjelaskan bahawa menyertai kejohanan terbesar bola sepak itu bukanlah alasan yang buruk untuk membatalkan pernikahannya.

Woud bertunang setahun yang lalu dan berhasrat untuk berkahwin dengan pasangannya, Zana Renton, sekitar bulan depan, namun dia tidak tahu bahawa dirinya akan berada dalam senarai pemain pasukan kebangsaan itu.

Ketua jurulatih, Darren Bazeley, memanggil khidmat Woud,yang mempunyai enam kap, sebagai penjaga gol ketiganya dalam skuad akhir 26 pemain bulan ini. 

"Tunang saya sangat menyokongnya. Bukan perkara yang buruk untuk membatalkan perkahwinan anda – ia hanya berlaku setiap empat tahun," 

"Tidak perlu menyesal dengan keputusan ini.

"Kami akan berbincang semula perkahwinan ini pada tahun depan," kata penjaga gol berusia 27 tahun itu.

Woud sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol utama untuk Auckland.

Dia kemudiannya kembali memperoleh tempat selepas rakan sepasukannya mengalami kecederaan lutut pada Januari dan diketepikan daripada baki musim liga.

Woud memanfaatkan peluang keduanya ddan akhirnya memainkan peranan penting dalam Auckland memenangi kejuaraan liga pertama mereka.

Selepas membuat satu-satunya penyelamatan dalam penentuan penalti dalam kemenangan playoff ke atas Melbourne City, Woud berjaya mengekalkan rekod bersih dalam kemenangan 1-0 ke atas Sydney hujung minggu lalu untuk membantu Auckland menjadi pasukan New Zealand pertama yang memenangi liga utama Australia.

"Saya fikir peranan saya agak jelas," katanya.

"Menjadi penjaga gol nombor tiga dan menjadi penyokong kepada penjaga gol lain dan jika saya diminta, saya akan melakukan yang terbaik."

Pasukan di ranking ke-85 dunia itu akan menentang Iran, Mesir dan Belgium dalam peringkat kumpulan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video