Bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, yang kini sedang mengendalikan Persib Bandung akan kembali mengubat rindu penyokong The Red Warrior selepas dia diumumkan akan membuat kemunculan dalam aksi persahabatan antara bekas pemain Kelantan berdepan bekas pemain Thailand hari ini.
Aksi yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu bakal menyaksikan bekas jaguh bola sepak Kelantan Ketika era treble 2012 iaitu Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhammad turun beraksi, sementara Bojan sebagai jurulatih.
Kepulangan legenda-legenda pasukan itu semestinya akan kembali mengamit memori penyokong bola sepak tanah air ketika era kegemilangan Kelantan suatu ketika dahulu.