Skip to main content

Badminton

Masters Jepun: Aaron-Roy King ke final dengan aksi penuh bertenaga

aaron roy king
Advertisement

Beregu lelaki meningkat naik negara, Aaron Tai-Yap Roy King, mempamerkan aksi bertenaga ketika mengesahkan tempat dalam final Kejohanan Badminton Masters Jepun apabila menumbangkan gandingan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, di Gimnasium Wilayah Kumamoto sebentar tadi.

Menjadi wakil tunggal negara sejak di peringkat suku akhir, juara terbuka Arctic itu tidak pernah tewas sebarang set setakat ini dan mempamerkan penguasaan sempurna ketika memenangi set pertama 21-18.

Advertisement

Aaron dan Roy King sentiasa berada dalam kedudukan mengejar sepanjang set kedua tetapi selepas menyamakan kedudukan 16-16, mereka tidak lagi menoleh ke belakang untuk mencatatkan satu lagi kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 38 minit.

Menanti mereka dalam penentuan gelaran esok ialah beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video