Kedah membawa pulang Piala FA buat kali keempat apabila menewaskan Pahang 3-2 dalam final di Stadium Shah Alam, malam ini.
Skuad Lang Merah -- juara edisi 1996, 2007 dan 2008 -- membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi penyerang import, Ken Ilso Larsen.
Bermula daripada hantaran lambung Baddrol Bakhtiar, pemain digelar 'jeneral Kedah' itu berjaya mengesan Syazwan Zainon di sebelah kiri padang sebelum pemain pemain itu membuat hantaran ke Ilso yang menggunakan dadanya untuk menyudahkan gol pembukaan.
Tujuh minit kemudian, penjaga gol Pahang, Wan Azraei Wan Teh, sekali lagi diuji, kali ini menerusi percubaan Sandro da Silva yang sekadar menggegar palang.
Memasuki minit ke-33, Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain tengah, Kiko Insa, dilayangkan kad merah.
Pemain naturalisasi dari Alicante, Sepanyol itu bertindak mengasari bek kanan Kedah, Rizal Ghazali, sebelum pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed, tidak ragu-ragu melayangkan kad merah.
Bagaimanapun, ia tidak menyekat Pahang untuk memburu gol penyamaan dengan penyerang import Brazil, Matheus Alves, hampir menewaskan Muhd Ifwat Akmal di gawang, tiga minit kemudian.
Kedah kemudian menemui gol kedua pada minit ke-45 menerusi Baddrol.
Pemain sayap, Syazwan Zainon, bijak melepasi kawalan pertahanan Tok Gajah sebelum melorongkan bola ke arah Baddrol yang melepaskan rembatan rendah ke gawang Azraei.
Tatkala babak pertama hampir tamat dengan Kedah mendahului 2-0, pertahanan Pahang, Heo Jae-won berjaya merapatkan jurang dalam masa kecederaan.
Import Korea Selatan itu berjaya melepaskan rembatan didalam kotak penalti yang gagal diselamatkan Ifwat.
Memasuki babak kedua, Pahang tampil lebih garang dengan permainan tersusun meskipun beraksi dengan 10 pemain.
Malangnya, Kedah berjaya meledak gol ketiga pada minit ke-73 sekali lagi menerusi pemain tengah, Baddrol.
Pemain berusia 29 tahun itu membuat tolakan lemah ke arah gol selepas Wan Azraei gagal menampan hantaran Ken Ilso lantas membiarkan gawang terbuka luas.
Pahang sekali lagi bangkit, dan hasilnya, pemain import Gambia, Mohamadou Sumareh, berjaya menewaskan Ifwat dengan tandukan pada minit ke-80.
Anak buah Dollah Salleh wajar diberikan pujian ekoran tidak berputus asa mengasak kubu Kedah meskipun kehilangan pemain dalam babak pertama.
Meskipun melancarkan beberapa percubaan bahaya, masa ternyata tidak menyebelahi Pahang dengan pengadil meniup wisel tanda berakhirnya perlawanan.
Kredit foto: Laman Facebook Kedah FA