Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, tidak menafikan kecederaan yang dialami tiga pemain tonggak sedikit-sebanyak merencatkan perancangan berdepan Perak, malam ini.
Pemain tengah, Baddrol Bakhtiar, dan pertahanan, Mohd Rizal Ghazali, mengalami kecederaan dan perlu direhatkan untuk seketika.
Nizam turut kehilangan pertahanan import, Zachary Anderson, yang baru sahaja pulih daripada kecederaan tulang pinggul dan masih memerlukan masa untuk kembali ke tahap sebenar.
Anderson dijangka hanya akan diturunkan dalam aksi pertama Piala Malaysia, Selasa ini.
"Kecederaan Baddrol dan Rizal sedikit mengganggu perancangan kami. Tetapi saya yakin dua pemain yang bakal menggantikan mereka mampu menjalankan tugas dengan baik," ujarnya.
Menyifatkan masih belum selesa dengan kedudukan liga yang menyaksikan Kedah dan Pahang masing masing terikat dengan 24 mata, Nidzam menuntut kerja keras anak buahnya untuk tidak memandang rendah kemampuan The Bos Gaurus.
Enggan pulang dengan kutipan satu mata, dia percaya potensi pemain kini sudah di tahap terbaik untuk sentiasa memburu kemenangan.
"Daripada sesi latihan yang saya saksikan semalam, segalanya kelihatan positif, saya berharap ia akan berterusan sehingga ke malam esok (ini)," tambah Nidzam.