PKNP 0 KEDAH 1
Jaringan tunggal Muhammad Akhyar Abdul Rashid menamatkan rentetan dua kekalahan berturut-turut Kedah dengan mencatat kemenangan sulung menewaskan PKNP FC 1-0 dalam Liga Super di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, petang tadi.
PKNP terlebih dahulu memperoleh peluang pada minit kelima apabila tandukan Gisung Yeon daripada sepakan penjuru sekadar singgah di palang biarpun penjaga gol lawan, Muhammad Asri Muhamad, sudah pun tertewas.
Selepas itu, Kedah hampir-hampir dapat membuka jaringan menerusi rembatan Baddrol Bakhtiar yang menerima lorongan Andik Vermansyah pada minit kesembilan tetapi ketangkasan See Tian Keat dapat memastikan pintu gol PKNP terus kebal.
Mohamad Hafiz Ramdan, yang sentiasa memberi masalah kepada Kedah, kemudian membuat rembatan dengan menggunakan kaki kiri, namun mujur ia diselamatkan oleh Asri.
Sandro da Silva Mendonca pula mempunyai peluang ketika berada di kedudukan terbuka tetapi rembatannya tinggi melewati palang pada minit ke-13.
Rembatan Pablo Pallares Marzo juga tidak mampu menewaskan Tian Keat yang tangkas mengeluarkan bola dengan merebahkan badannya.
Jaringan Kedah akhirnya hadir pada minit ke-85 selepas Akhyar bijak mengambil peluang susulan percubaan pertama daripada Pallares yang ditampan Tian Keat.
PKNP selepas itu nyaris menyamakan kedudukan menerusi tandukan Gisung tetapi dinafikan oleh kecemerlangan Asri.
"Saya sangat gembira dengan keputusan ini kerana ia adalah kemenangan pertama kami. Kami tidak boleh kehilangan tiga mata lagi," kata jurulatih Kedah, Ramon Marcote.
Sementara itu, jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, berkata: "Kami telah bersaing sehingga minit ke-85. Saya telah ingatkan pemain bahawa minit-minit terakhir sangat berbahaya. Ini disebabkan kecuaian."
Keputusan itu melonjakkan Kedah ke tangga kelapan, empat mata di belakang peneraju liga, PKNS FC, manakala PKNP di kedudukan kedua terbawah.