PDRM ingin melupakan kekecewaan gagal ke saingan Piala Malaysia dengan memberi fokus kepada pusingan kedua Liga Perdana bermula dengan pertemuan menentang UiTM FC, esok.
Tanpa dijangka, PDRM, yang mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia tahun lalu, gagal untuk melepasi had kelayakan bagi kempen sama musim ini.
Selepas 11 perlawanan liga, mereka hanya menduduki tempat keenam -- dibezakan satu mata dengan UiTM yang meraih slot terakhir ke Piala Malaysia.
Meskipun sukar diterima pengurusan PDRM, namun jurulatihnya, Fauzi Pilus, mahu skuad Sang Saka Biru fokus menghadapi baki saingan Liga Perdana untuk sekurang-kurangnya memberi saingan memburu slot ke Liga Super musim hadapan.
"Ini adalah kekecewaan yang boleh dikatakan besar juga, yang mana tahun lepas kami berjaya sampai ke separuh akhir.
"Pada awal musim ini, beberapa keputusan tak memihak kami dengan kekalahan-kekalahan mengejut kepada pasukan-pasukan yang dijangka kami ada kelebihan," katanya.
Mengulas mengenai pertemuan dengan UiTM esok, Fauzi mengharapkan tiada lagi kesilapan mudah dilakukan barisan pemainnya dengan menyedari lawan juga berada di kemuncak prestasi ketika ini.
Dia sedikit lega apabila tiada seorang daripada pemainnya yang mengalami masalah kecederaan atau penggantungan.
"Pusingan pertama, kami hanya berjaya mendapat keputusan seri dan ancaman daripada UiTM ini tetap satu ancaman besar di mana pemain-pemain muda berada di situ.
"Saya anggap ini satu perkara yang tak boleh dipandang remeh dan kami harus fokus untuk tidak kehilangan mata," tambahnya.