Khidmat pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Marco Verratti, akan dinilai selepas menjalani pemeriksaan lanjut terhadap kecederaannya dalam kekalahan 2-0 Itali kepada Argentina di Manchester, awal pagi tadi.
Verratti menyerlah di bawah kendalian sulung jurulatih sementara, Luigi Di Biagio, sebelum terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-72 lalu digantikan oleh Bryan Cristante.
Itali berhak setidak-tidaknya meraih keputusan seri dan ketiadaan pemain berusia 25 tahun itu jelas dirasai apabila Ever Banega memecah kebuntuan, 15 minit menuju waktu kecederaan, disusuli jaringan Manuel Lanzini, 10 minit berselang.
Di Biagio belum dapat mengesahkan tahap kecederaan Verratti yang mempunyai sejarah masalah pangkal paha tetapi penyertaannya menentang England di Wembley kini diragui.
"Kami akan menilai keadaan Verratti esok dan akan mengetahui sejauh mana kecederaannya," katanya.
"Dari segi keputusan, ia adalah buruk. Saya sebenarnya berharap untuk menang.
"Saya nampak kekecewaan di mata pasukan kerana kami berharap untuk menang tetapi kami harus terus berjuang," katanya.
Di Biagio atau sesiapa sahaja yang memegang jawatan jurulatih Itali secara tetap -- Antonio Conte dan Roberto Mancini disebut-sebut sebagai calon utama -- mestilah melaksanakan tugas membina semula pasukan ini selepas kegagalan ke Piala Dunia Russia.
"Kami tidak perlu mengubah sikap, kami haruslah meneruskan pendekatan kami dan menyedari ini adalah masa yang sukar," kata bekas pemain tengah AS Roma itu yang berminat untuk mengekalkan kerusi panas itu.
"Kami meminta semua orang bersabar dan tidak pernah lupa bahawa kami mempunyai skuad muda, kami mempunyai ramai pemain muda yang mempunyai pengalaman dalam dua atau tiga perlawanan antarabangsa," katanya.
"Jelas Argentina mempunyai kualiti pasukan yang lebih baik, kami tidak boleh memberi tumpuan kepada perbandingan dengan sebuah pasukan yang merupakan pasukan pilihan dalam Piala Dunia yang lalu.
"Kami harus membina pasukan. Kami mesti bersabar dan perlu diingatkan, (Federico) Chiesa dilahirkan pada 1997 dan (Patrick) Cutrone dilahirkan pada 1998.
"Pada masa ini, pemain baru semakin ramai. Saya akan mengatakan perkara yang sama, tidak kira sama ada kami kalah atau menang, kami perlukan aksi berterusan," ujarnya lagi.