Pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar, enggan menjadi penonton dalam aksi pertama Piala Malaysia berdepan Melaka United malam esok meskipun masih dibelenggu kecederaan lutut.
Kedah jelas pincang tanpa Baddrol dalam saingan Liga Super berdepan Perak kelmarin sehingga terpaksa akur tewas 3-2 di laman sendiri.
Justeru, dia berharap mampu segera pulih agar dapat menghulurkan khidmat bagi membantu Lang Merah melakar kemenangan ke atas Melaka United.
Bagaimanpun, itu terpulang kepada ketua jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff, kerana kecederaan lutut yang dialami Baddrol memerlukan masa seminggu untuk pulih sepenuhnya.
"Perlawanan pertama berdepan Melaka amat penting untuk kami. Bagi saya, kecederaan saya tidak terlalu teruk, saya mampu beraksi selepas ini,"jelas Baddrol.
Sementara itu, pertahanan import, Zachary Anderson -- yang dibelenggu kecederaan tulang pinggul-- turut mengharapkan dapat turun beraksi ekoran sudah diketepikan buat tempoh lama.
Menyifatkan kecederaannya semakin pulih, Anderson percaya dia mampu bermain jika diberi peluang.
"Saya telah pulang ke Australia minggu lalu untuk lima hari dan bekerjasama dengan doktor. Kini saya sudah kembali dan telah menjalani sesi latihan, jadi saya berharap dapat kembali beraksi," katanya.