Ronald Koeman berpendapat Real Madrid berhak menjulang kejayaan Liga Juara-Juara dan dalam masa sama, masih perlu berusaha untuk mencapai tahap seperti Barcelona di bawah bimbingan Pep Guardiola.
Skuad dari Santiago Bernabeu itu memenangi tiga gelaran Eropah dalam tempoh empat musim terakhir ini apabila kejayaan terbaru meletakkan barisan yang sedia ada antara skuad terbaik yang pernah dimiliki.
Begitupun, Koeman percaya Barcelona berada di tahap berbeza semasa dikendalikan Guardiola di antara musim 2008 dan 2012.
"Real Madrid adalah juara. Mereka merupakan pasukan terbaik dalam Liga Juara-Juara musim ini dan mereka menampilkan aksi hebat pada separuh masa kedua menentang Juventus dalam perlawanan akhir," ujar pengurus Everton itu.
"Bagaimanapun, saya tidak fikir mereka boleh dibandingkan dengan Barcelona di bawah asuhan Pep.
"Mereka adalah pasukan terbilang."
Barcelona menjulang gelaran Liga Juara-Juara sebanyak dua kali semasa dikendalikan oleh Guardiola dalam tempoh empat tahun dengan menewaskan Manchester United pada 2009 dan 2011.