Kim Pan-gon sah letak jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.
"Kepada semua, hari ini saya memiliki perkhabaran sedih untuk disampaikan kepada semua. Hari ini saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ketua jurulatih atas komitmen peribadi," katanya menerusi sidang media yang berlangsung sebentar tadi.
"Sejak tiba pada tahun 2022, rakyat Malaysia sentiasa memberikan saya satu perjalanan cukup indah dalam hidup saya.
"Pada Jun 2022, kita semua berkongsi kegembiraan apabila melangkah ke secara merit ke Piala Asia dan telah memperbaiki ranking Harimau Malaya. Kita juga telah melakukan sesuatu di luar jangkaan apabila mengikat Republik Korea 3-3 dalam aksi peringkat kumpulan.
"Malangnya, kita gagal ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia. Dengan tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan, Malaysia mengumpul 10 mata. Ia telah membentuk satu idea untuk Malaysia berkembang lebih maju pada masa akan datang.
"Sokongan Ultras Malaya sentiasa motivasi terbesar bagi saya dan sokongan daripada FAM telah memberikan kekuatan buat saya. Saya juga bersyukur atas sokongan daripada pihak kerajaan Malaysia dan kelab-kelab bola sepak Malaysia yang sentiasa membenarkan kami untuk berlatih secukupnya untuk meningkatkan kualiti kami.
"Saya sangat berterima kasih kepada semua yang sentiasa berada di belakang saya. Saya berharap FAM, kerajaan, dan peminat untuk terus memastikan berada di belakang Malaysia untuk memastikan layak secara merit buat kali kedua berturut-turut.
"Saya akan merindui segala detik di Malaysia. Saya akan sentiasa mengenang setiap saat bertindak sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya."