Skip to main content

SUKMA

Lima fasiliti sukan milik MBPJ dipilih sebagai venue rasmi! Datuk Bandar Petaling Jaya komited sambut kehadiran atlet menjelang SUKMA 2026!

sds

19 hari lagi menjelang temasya Sukan Malaysia 2026!

Larian obor Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma Selangor 2026 diteruskan lagi hari ini di lokasi ke-10 bertempat di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Program yang menghimpunkan kira-kira 800 peserta menerusi larian sejauh 5km kilometer itu menjadi platform bagi menyemarakkan sokongan rakyat kepada barisan atlet yang bakal bertanding bermula dari 15 hingga 24 Ogos depan, sementara untuk Para Sukma pada 5 hingga 10 September 2026.

Selain acara larian, pelbagai aktiviti menarik lain turut disediakan kepada pengunjung antaranya meet dan greet bersama atlet, on-street games, pertunjukan bmx freestyle di samping pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Sebanyak lima fasiliti sukan milik MBPJ dipilih sebagai venue rasmi pertandingan temasya dwitahunan itu membabitkan Stadium MBPJ, Stadium Hoki MBPJ, Kompleks Sukan Astaka MBPJ, Kompleks Sukan Kelana Jaya dan Kompleks Sukan Arena MBPJ.

"MPBJ ucap terima kasih kepada pihak negeri kerana telah memilih Petaling Jaya sebagai lokasi venue utama, iaitu Stadium Bola Sepak MBPJ untuk acara bola sepak lelaki, Stadium Hoki Petaling Jaya yang sudah dinaiktaraf dan mendapat Gred A di peringkat antarabangsa untuk sukan hoki Wanita.

 

 

 

"Seterusnya kompleks Sukan Astaka untuk Skuasy, kompleks sukan Kelana Jaya untuk sukan tenis dan Kompleks Sukan Arena MBPJ untuk sukan BMX (Berbasikal).

"Jika ditanya aspek persiapan dan sebagainya, kami sudah sedia sepenuhnya untuk sambut tetamu dan para atlet menjelang Sukma 2026," kata Datuk Bandar Petaling Jaya, YBhg. Dato' Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon


"Hari ini kami selesai sempurnakan pelepasan larian obor sempena Sukma 2026 di Petaling Jaya anjuran MBPJ, ini lokasi ke-10 kami kunjungi.

"Kita lihat semangat yang disemarakkan di PJ ini cukup membanggakan, penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat di negeri Selangor termasuk keluarga, warga emas, dan kanak-kanak juga ada.

"Berbekalkan semangat dan azam sebagai tuan rumah, kami cuba untuk menjadi juara keseluruhan, saya juga ada perasaan bahawa Selangor akan jadi juara." tambah Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video