Skip to main content

Bola Sepak

Kata tingkatkan kualiti? -- Bekas tonggak Indonesia kritik peraturan tambah pemain import

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lib.jpg
Bekas pemain kebangsaan Indonesia, Yanto Basna, mengkritik keputusan Liga Indonesia Baru (LIB) yang membenarkan pendaftaran 11 pemain asing bagi satu pasukan bermula musim hadapan. 

Terdahulu, Liga Super Indonesia menyaksikan kelab-kelab boleh menandatangani seramai lapan import, musim lalu. 

Dan peningkatan kuantiti pemain luar negara adalah demi menaikkan kualiti kepada cabaran lebih besar serta pasaran komersial liga. 

Menurut perkongsian bekas bintang Persib Bandung itu, dia menyambut baik inisiatif itu dengan menawarkan aksi lebih mencabar, selain mahu melihat kerja keras pemain tempatan merebut tempat dalam pasukan. 

 


Namun, Yanto Basna, 30, mengkritik kriteria pemilihan pemain asing yang tidak diutamakan, sebaliknya kelab yang boleh menentukan dan berhak menandatangani sesiapa sahaja yang diingini.

"Boleh sahaja untuk meningkatkan kualiti liga, tetapi pemain asing yang dipilih harus bermain untuk pasukan kebangsaan minimum sebanyak tiga kali. 

"Pemain import yang dibeli juga harus memiliki standard terbaik dan tinggi," katanya.  
 

Advertisement

Must Watch Video