Skip to main content

Bola Sepak

Kane pilihan utama saya -- Conte

harrykane-270717.jpg
Pengurus Chelsea, Antonio Conte, mendedahkan dia akan memilih penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, sekiranya berpeluang untuk mendapatkan mana-mana penyerang dari seluruh dunia.

Kane yang berusia 23 tahun telah membuktikan ketajamannya di depan gol apabila muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) selama dua musim berturut-turut.

Pencapaian itu membuat Conte, yang mengharungi musim hebat dalam tahun pertama bersama Chelsea, menamakan Kane sebagai pilihan utama jika berpeluang mendapatkan sesiapa sahaja.

“Bagi saya, Kane adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia,” kata Conte.

“Dia penyerang yang sempurna. Jika saya perlu mendapatkan seorang penyerang, ia pastinya Kane. Dia memiliki tubuh yang mantap tidak kira bersama bola atau tidak dan dia juga sangat hebat di kiri dan kanan.

“Begitu juga dengan Dele Alli. Dia adalah salah seorang pemain muda yang berbakat,” ujar Conte.

Dalam masa sama, Conte turut melihat tindakan Spurs tidak mendapatkan mana-mana pemain baru sebagai satu keputusan berisiko tinggi.

“Jika Spurs tidak memenangi kejuaraan, ia bukan satu tragedi. Sama juga jika mereka tidak layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

“Ia berbeza jika ia mengenai Manchester United, Chelsea, Manchester City dan Arsenal. Anda harus faham dengan status pasukan.

“Setiap pasukan harus memahami kehendak yang perlu dipenuhi. Jika mereka perlu memenangi kejuaraan atau cuba untuk menjadi juara UCL, mereka perlu mendapatkan pemain yang mahal. Jika tidak, anda hanya akan berada pada tahap lama. Ia sangat mudah,” tambah Conte.

Advertisement

Must Watch Video