Jose Mourinho menyifatkan penyerang Tottenham, Harry Kane, pasti suka untuk menjaringkan gol seperti yang dilakukan oleh pertahanan Manchester United, Phil Jones.
Selepas ketinggalan dengan jaringan yang dihasilkan oleh Christian Eriksen selepas perlawanan bermula hanya 11 saat di Stadium Wembley, awal pagi tadi, tugas United untuk bangkit bertambah sukar apabila Jones tertampan masuk hantaran silang Kieran Trippier ke gawang sendiri.
Bercakap selepas tewas 2-0 dan ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, Mourinho menyifatkan ia merupakan gol yang mampu memberikan kebanggaan kepada Kane.
"Kami telah melakukan kesilapan untuk gol pertama. Kesilapan daripada seluruh pasukan, mereka telah menyaksikan video dan menganalisanya semula," kata Mourinho.
"Kami hilang kawalan bola, pertahanan gagal untuk mengeluarkan bola daripada kotak penalti dan Eriksen tidak melepaskan peluang.
"United telah cuba untuk bersaing semula 10 minit kemudian tetapi gol kedua telah menghancurkan semangat kami dan memberikan ruang kepada Tottenham untuk bermain.
"Jones gagal menahan bola dengan baik dan menjaringkan gol seperti yang digemari oleh Kane," ujarnya.
Apa yang merumitkan lagi keadaan buat United, pemain tengah, Marouane Fellaini, yang digantikan selama tujuh minit terpaksa meninggalkan padang kerana mengalami kecederaan.
Mourinho mengesahkan pemain kebangsaan Belgium itu sekali lagi mengalami kecederaan lutut dan bakal direhatkan semula.
"Saya bersedih buat Fellaini. Saya mahu mengubah struktur permainan tetapi dia sekali lagi mengalami kecederaan.
"Ia adalah kecederaan yang sama. Saya tidak berasakan ia adalah masalah yang besar tetapi dia memberitahu kami bahawa dia tidak boleh meneruskan permainan."