Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kane miliki mentaliti juara Piala Dunia Ragbi, Wilkinson -- Southgate

kane.jpg
Harry Kane mempunyai "mentaliti dan kaliber" seperti legenda ragbi England yang memenangi Piala Dunia, Jonny Wilkinson, kata jurulatih The Three Lions, Gareth Southgate.

England akan menghadapi Sweden untuk pertembungan suku akhir malam ini, susulan itu Southgate bercakap tentang betapa pentingnya kematangan dan ketenangan ketua pasukan mereka itu yang menjaringkan gol keenam Piala Dunia melalui penalti dalam kemenangan ke atas Colombia dalam pusingan 16. 

Southgate memuji "mentaliti luar biasa" Kane, yang mengingatkannya tentang pemain yang berada di bawah tekanan hebat semasa kejayaan England merangkul Piala Dunia Ragbi pada 2003.

"Sepakan penalti itu berlarutan hampir tiga setengah minit sambil pemain Colombia cuba mengganggu perhatiannya," kata Southgate kepada pemberita, mengulas cara lawan England itu melakukan bantahan sepanjang permainan.

"Saya tahu dia tenang ketika dia meletakkan bola di tempat penalti buat kali keempat. Dia menetapkan semula pendiriannya... seperti yang anda lihat Jonny Wilkinson (lakukan) -- dia mempunyai mentaliti dan kaliber itu."

Kane menyempurnakan satu lagi tendangan dalam penentuan penalti susulan terikat 1-1 dengan Colombia dalam masa sebenar perlawanan dan Southgate berkata pemain berusia 24 tahun itu memberi kesan positif terhadap keseluruhan skuad.

"Untuk melakukannya sekali lagi dan terpaksa menunggu lama lagi, perkara itu menghantar mesej cemerlang kepada rakan sepasukannya," kata pengurus itu.

"Saya fikir dia mengendalikan peranannya dengan kematangan sebenar dan sedar betapa pentingnya mewakili suara di luar padang. Malah, ketenangan dan kepimpinannya ditonjolkan melalui teladan serta komunikasinya di dalam padang.

"Bahasa badannya, cara dia mengekspresi dirinya, mentalitinya yang luar biasa, kepercayaan untuk menjadi tonggak penting. 

"Dan anda melihat komitmen itu pada setiap hari dalam latihan dan pemulihannya, pemakanan dan perhatiannya terhadap perkara-perkara yang terperinci.

"Dia cemerlang, sangat cemerlang."

Advertisement

Must Watch Video