Penggempur berbisa Tottenham Hotspur, Harry Kane, akan mengetuai England dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Scotland, awal pagi esok.
Wayne Rooney -- secara teknikalnya masih merupakan ketua pasukan -- gagal mendapat tempat selepas bergelut sepanjang musim apabila sentuhan dan kecergasannya bersama Manchester United diragui.
Oleh itu, Kane mendapat peluang untuk menyarung lilitan lengan itu.
Sebelum ini, Jordan Henderson dan Joe Hart turut berpeluang untuk peranan berkenaan di bawah bimbingan Gareth Southgate dan pengurus itu mengesahkan dia bercadang untuk membuat penggiliran.
Bagi Kane, ia melengkapkan musim cemerlang selepas mengesahkan status sebagai penyerang berkelas dunia dengan menyumbat 29 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk memenangi anugerah Kasut Emas.
Kini, dia berhasrat untuk melebarkan lima jaringannya bersama England apabila skuad Three Lions bakal bertandang ke Hampden Park untuk setidak-tidaknya melanjutkan kelebihan empat mata dengan pasukan di tangga kedua Kumpulan F, Slovakia.
"Harry akan dilantik sebagai ketua pasukan bagi aksi Sabtu ini (awal pagi esok)," kata Southgate dalam sidang media.
"Saya menggilirkan peranan kepimpinan dan ia sangat penting. Ramai yang mengatakan skuad ini berdepan soal kepimpinan dan tidak nampak ia sebagai masalah.
"Adalah penting memberi pemain peluang untuk mengetuai dalam pendekatan berbeza. Setiap orang adalah berbeza dengan cara berbeza dalam latihan, perlawanan, hotel dan mesyuarat. Harry merupakan salah seorang pemain yang saya ingin berikan peluang itu.
"Ia detik terbaik buatnya. Kane menamatkan musim ini dengan cukup baik. Kami tahu mengenai mentalitinya dan sedar dia ingin menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.
"Harry memiliki keyakinan tinggi."
Keputusan itu disambut baik oleh pemain tengah Liverpool, Adam Lallana.
"Saya gembira dengan Harry," kata Lallana.
"Tahun ini, dia sekali lagi menunjukkan mengapa dia merupakan salah seorang pemain terbaik dunia."