Bintang Tottenham, Harry Kane, boleh menyertai mana-mana pasukan di Eropah, kata legenda Brazil, Ronaldinho.
Kane menikmati musim prolifik di Spurs apabila menjaringkan 35 gol dalam semua kejohanan musim ini, dengan merekodkan sekurang-kurangnya 30 gol setiap musim bagi tiga daripada empat terakhir.
Pemain antarabangsa England itu dikaitkan dengan Real Madrid, dan Ronaldinho percaya pemain berusia 24 tahun itu lebih daripada mampu bermain di mana-mana kelab terbesar di dunia.
"Harry Kane adalah pemain hebat buat masa sekarang -- tetapi tidak syak lagi musim ini dia telah mencapai tahap baru," katanya kepada Mirror.
"Dia kini berada pada tahap di mana semua pasukan di dunia mahukannya. Dia boleh menyertai mana-mana pasukan di Eropah.
"Barcelona, Real Madrid, Manchester City, tidak kira betapa kuatnya pasukan itu. Mana-mana pasukan akan memberi ruang kepadanya jika mereka berpeluang menandatanganinya."
Kane memenangi dua Kasut Emas Liga Perdana Inggeris dan berada di landasan tepat untuk menjadikan ia yang ketiga musim ini.
Walaupun Spurs mahu mengekalkan Kane, Ronaldinho -- Pemain Terbaik Dunia FIFA dua kali -- berkata kelab-kelab menunjukkan bahawa mereka akan membayar apa sahaja yang diperlukan untuk menandatangani pemain terbaik dunia.
"Dalam jendela terakhir, kita melihat kelab-kelab besar Eropah telah membayar apa sahaja yuran untuk menandatangani pemain terbaik dunia," katanya.
"Mungkin empat atau lima kelab berada pada peringkat di mana bayaran tidak penting jika mereka mahukan pemain, mereka bayar apa yang mereka mahu miliki."