Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kane ambil langkah jauhi media sosial

harrykane.jpg
Harry Kane mengurangkan penggunaan media sosial ketika England dalam misi untuk mencipta kejayaan dalam Piala Dunia di Russia.

Kapten England serta bintang Tottenham itu -- memiliki lebih tujuh juta pengikut dalam Twitter dan Instagram –- adalah seorang yang aktif dalam saluran sosial.

Bagaimanapun, penyerang itu mengambil pendekatan untuk menjauhkan diri selepas kritikan yang dihamburkan ketika Euro 2016 apabila The Three Lions dikejutkan dengan kekalahan pusingan kalah mati kepada Iceland.

England sedang membuat persiapan berdepan Colombia, awal pagi esok, bagi memburu slot suku akhir, dengan Kane yang telah meledak lima gol di Russia berkata, "Bagi saya, menjauhkan diri daripada media sosial adalah langkah terbaik.

"Saya sangat teruja dengan saingan Euro, menggunakan Twitter sepanjang masa dan membaca setiap apa yang ditulis oleh semua orang.

"Tetapi ia memiliki kesan yang negatif kerana anda terlalu banyak membaca. Ia membuatkan saya banyak berfikir.

"Untuk kejohanan ini, saya telah berubah dan menjauhkan diri daripada media sosial dengan sebaik mungkin.

"Saya menonton beberapa perlawanan secara sederhana kerana ia mampu menggugat emosi saya.

"Saya memberikan fokus kepada persembahan saya dan cuba menampilkan persembahan terbaik buat England."
 

Advertisement

Must Watch Video