Gembira bercampur duka, itu perasaan bercampur-baur dalam sanubari pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, selepas pasukan kendaliannya mara ke separuh akhir Piala FA di Stadium Negeri, malam tadi.
"Saya gembira dengan komitmen pemain-pemain biarpun terpaksa bermain hingga ke masa tambahan dan penentuan penalti untuk akhirnya menang.
"Tetapi, saya berdukacita kerana kami seharusnya menang lebih awal.
"Mungkin kami boleh menang pada separuh masa pertama dengan deretan peluang yang ada," katanya.
Terengganu menang menerusi penentuan penalti 4-1, dengan penjaga gawang gantian, Mohd Suffian Rahman, muncul wira dengan menyelamatkan dua sepakan penalti Sarawak.
Suffian sebelum itu menggantikan Amierul Hakimi Awang yang terpaksa dikejarkan ke hospital setelah bertembung dengan pemain penyerang Sarawak, Abdul Rahim Abdul Razak, pada masa tambahan.
Selepas misi di Sarawak tamat, Irfan berkata fokusnya kini terus terarah kepada aksi Liga Perdana bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) II.
"Kami akan berlatih di Kuching sebelum berlepas ke Johor Bahru.
"Ini adalah masanya untuk saya menilai situasi pemain selepas aksi ini," katanya.
Irfan berkata beliau mungkin terpaksa merehatkan pemain lincah, Mohd Faiz Mohd Nasir, yang terpaksa dikeluarkan awal pada minit ke-25 akibat kecederaan.
"Saya tidak berani menanggung risiko biarpun doktor pasukan memberi lampu hijau," katanya lagi.
Biarpun fokus sudah beralih arah, namun malam tadi, Irfan masih boleh tersenyum lega kerana Sang Penyu tidak menangis.