Antoine Griezmann berkata Atletico Madrid akhirnya kembali menemui identiti mereka selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Eibar.
Atletico tewas tiga daripada empat perlawanan di tempat lawan dalam saingan LaLiga sebelum kemenangan pada Sabtu.
Namun, Saul Niguez dan Griezmann -- yang akhirnya meledak gol selepas 10 perlawanan -- menjadi pemusnah Eibar, sekaligus membawa skuad kendalian Diego Simeone ke tangga keempat liga.
Atletico kini telah melakar dua kemenangan berturut-turut LaLiga dan empat kemenangan berturut-turut dalam kesemua kejohanan dengan hanya bolos sekali.
"Kami kembali beraksi seperti Atletico yang sebenar," Griezmann memberitahu wartawan selepas tamat perlawanan.
"Kami bertahan dengan baik dan tidak membiarkan pihak lawan menyumbat gol. Kami tidak mensia-siakan peluang yang hadir.
"Bukan mudah untuk beraksi berdepan Eibar tetapi kami telah memberikan segala-galanya.
"Babak pertama agak sukar, jadi kami mula memperbaiki permainan pada babak kedua."
Atletico bakal menerima kunjungan Las Palmas -- di mana mereka mendahului 2-0 -- dalam aksi kedua pusingan 16 pada Selasa, sebelum berdepan Real Betis di laman sendiri Sabtu depan.