Pengendali Felda United, B. Sathianathan, mengakui pasukannya bernasib baik mengutip tiga mata di Shah Alam selepas mengatasi PKNS FC 2-1, malam tadi.
Felda membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi pemain import Liberia, Zah Rahan Krangar, selepas menerima hantaran kemas Stuart James sebelum PKNS kembali mengikat kedudukan 1-1 hasil jaringan Patrick Ronaldinho Wleh di hujung babak pertama.
Tatkala perlawanan dilihat bakal berakhir dengan seri, Thiago Augusto menjadi wira Felda dengan gol kemenangan di hujung permainan.
Meskipun mengutip tiga mata, Sathia nyata tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sepanjang perlawanan.
"Kami bernasib baik. Terus terang saya katakan, hanya seorang dua pemain yang beraksi di tahap sebenar.
"Selepas pemain saya mendapat gol awal, mereka fikir mudah untuk memenangi perlawanan ini. Hakikatnya, PKNS bermain lebih baik dan mendapat peluang lebih baik berbanding kami," katanya.
Sementara itu, pemangku jurulatih PKNS, Adam Abdullah, akur dengan kesilapan pemainnya di hujung permainan menjadi punca tewas di laman sendiri.
"Permainan nampak menarik selepas membuat perubahan dalam kesebelasan utama, cuma kesilapan pemain menyebabkan kami tewas.
"Tetapi saya berpuas hati kerana pemain mempamerkan aksi menarik," kata Adam.