Skip to main content

Bola Sepak

Kami akan berikan segala-galanya di Larkin -- Mora

piala-sumbangsih.jpg

Pengendali yang baru dilantik Johor Darul Ta'azim (JDT), Benjamin Mora, mahu mencipta sejarah dengan menjadi jurulatih pertama meraih kejuaraan dalam tempoh tiga hari mengendalikan pasukan manakala Kedah mengidam permulaan sempurna untuk musim 2017.

"Setiap pasukan akan mencuba habis-habisan apabila berdepan JDT kerana kami adalah penyandang juara Liga Super.

"Bagaimanapun, Kedah juga perlu tahu bahawa kami akan mempertahankan segala-galanya, apatah lagi aksi Sumbangsih akan berlangsung di gelanggang keramat kami," tegasnya.

Mora, bagaimanapun, mengesahkan tidak akan melakukan rombakan terhadap barisan pemain kecuali pendekatan taktikalnya terhadap skuad JDT.

"Sukar untuk membuat rombakan besar dalam tempoh dua hari tetapi daripada aspek menyerang dan bertahan, akan ada perubahan," tambahnya.

Sementara itu, Kedah menerusi penolong jurulatih, Nizam Adha Yusof, enggan menganggap situasi yang berlaku terhadap lawan sebagai kelebihan untuk memenangi perlawanan.

"Kedah hanya akan fokus kepada perihal pasukan kami dan segala apa yang berlaku di kem JDT tidak akan beri kesan kepada fokus kami," ujar Nidzam.

Kali terakhir Kedah meraih kejuaraan Piala Sumbangsih ialah pada 1994 dengan Nizam antara tonggak skuad Hijau Kuning ketika itu.

 

Advertisement

Must Watch Video