Pengurus PDRM, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar, menyangkal kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail, yang mendakwa pasukannya gagal melangsaikan pembayaran tunggakan gaji pemain.
Kamarul Ariffin melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan PFAM itu kerana Izham sendiri dikatakan hadir dalam majlis penyerahan tunggakan gaji kepada 12 pemain musim 2018 itu, Februari lalu.
Justeru, beliau menuntut PFAM memohon maaf kepada PDRM kerana kenyataan itu telah mencalarkan imej pasukannya selepas berusaha keras memastikan beban hutang daripada pengurusan lama diselesaikan.
“PDRM sebenarnya tidak terbabit langsung dengan apa yang diperkatakan PFAM serta terkejut kerana beliau (Izham) sendiri ada dalam majlis tersebut.
"CEO PFAM (Izham) memberikan kami surat penghargaan kepada pengurusan PDRM kerana berjaya melangsaikan hutang berdasarkan aduan pemain pada musim 2018.
“Saya ada resit bukti pembayaran kepada pemain terlibat dan saya hairan kenapa perkara ini boleh timbul balik pada hari ini, jadi saya minta PFAM bagi penjelasan kembali terhadap kenyataan mereka serta jika perlu mohon maaf kepada PDRM, ” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, PFAM mendedahkan terdapat banyak pasukan masih belum melunaskan tunggakan gaji sebanyak RM6.4 juta, termasuk Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, PDRM, Felda United dan ATM yang dikatakan memungkiri janji membayar secara berperingkat kepada pemain terbabit.
Selain itu, Kamarul Ariffin melahirkan rasa tersinggung dengan apa diperkatakan Izham yang memperkecilkan Peta Hala Tuju FAM, F30 dan Next50 Strategic Blueprint oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan isu tunggakan gaji yang berpunca daripada pengurusan pasukan dan kelab berkenaan.
Beliau meminta perkara itu tidak sepatutnya disensasikan kerana aspek tunggakan gaji adalah antara isu yang mahu diatasi FAM dan MFL dalam pelan jangka masa pendek dan panjang mereka.
“Saya amat tersinggung apabila PFAM mempertikai bahawa dasar FAM, iaitu F:30 serta MFL, iaitu Next50, tidak akan ke mana-mana, jadi kepada PFAM tolong kaji kembali apa yang anda perkatakan.
“Jika perlu, kami semua termasuk FAM dan MFL boleh selesaikan cara baik perkara ini tanpa perlu mana-mana pihak berkecil hati,” tambahnya.
-- BERNAMA