"Buat apa takut, kalau takut lebih baik jangan main bola." Demikian kata pengendali Sabah, Jelius Ating, ketika diminta mengulas undian saingan Piala FA, semalam.
Undian itu menyaksikan Sabah bakal berdepan juara Piala Malaysia musim lalu dan juara Piala Sumbangsih musim ini, Johor Darul Ta'zim (JDT), bagi saingan pusingan kedua Piala FA pada 2 dan 3 Mac depan.
Jelius berkata walaupun mungkin agak sukar, pasukannya tidak gentar atau takut, malah bertekad berjuang habis-habisan untuk mengejutkan pasukan berkenaan.
"Apabila sudah diundi begitu, apa lagi yang kita boleh buat melainkan kita lawan habis-habisan. Dalam bola sepak, apapun boleh berlaku.
"Kita akui JDT antara pasukan terbaik di Malaysia ketika ini, bukan saja dari segi pemain tetapi juga dari segi pengurusan dan kewangan mereka.
"Namun, kalau kita lihat di luar negara bagi saingan piala, pasukan liga atasan pun boleh disingkirkan oleh pasukan liga bawahan," katanya.
Jurulatih berusia 47 tahun itu berkata istilah gentar atau takut tidak sesuai bagi pasukannya kerana sekiranya mereka berperasaan sedemikian, lebih baik jangan bermain bola sepak.
"Kalau kita takut untuk bertemu dengan JDT, ini bermakna belum pun bermain kita sudah kalah, ini tidak harus berlaku dalam pasukan ini.
"Walaupun kita mungkin dianggap sebagai 'underdog', ia tidak menjadi tekanan kepada kita sebenarnya, tekanan lebih kepada pasukan pilihan," katanya.
Pasukan yang popular dengan jolokan Sabah Rhinos itu sebelum ini terkandas di peringkat suku akhir dua musim berturut-turut pada 2016 dan 2017.
Sehingga kini, Sabah baru sekali menjulang Piala FA pada 1995 walaupun dua tahun sebelum itu, iaitu pada 1993 dan 1994, mereka dua kali dikecewakan dalam final oleh Kuala Lumpur.
Selain itu, skuad negeri di bawah bayu itu turut pernah beraksi dalam final pada 1998, namun dikecewakan Johor.