Skip to main content

Bola Sepak

KAFA jumpa FMLLP Isnin

020617_1.jpg
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan  menghantar rombongan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif,  Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, bagi menyelesaikan segala pertikaian, Isnin ini.

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, menjelaskan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco KAFA pagi semalam bagi mendapatkan gambaran sebenar pertikaian yang berlaku, terutama melibatkan keputusan terkini FMLLP mengenakan hukuman sekatan perpindahan permain.

“Kita akui dalam suasana yang kurang menyenangkan, KAFA mengambil pendekatan untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan FMLLP berkaitan dengan isu ini (sekatan perpindahan pemain). 

“Kita telah menghantar surat  untuk bertemu Kevin pada 5 Jun ini dan saya sendiri yang akan mengetuai rombongan itu bersama setiausaha agung dan barisan xExco yang lain,” katanya.

Afandi juga mendedahkan rancangan penswastaan The Red Warriors (TRW)  tahun depan yang bertujuan melibatkan kerjasama swasta dan penyokong dalam pengurusan KAFA.

"Isu kedua yang dibincangkan ialah penswastaan TRW pada tahun depan yang melibatkan pembahagian saham yang terdiri daripada 70 peratus untuk syarikat dan 30 peratus untuk penyokong.

"Memandangkan sekarang kita sudah berada di pertengahan musim, adalah lebih sesuai KAFA membuat persiapan awal ke arah itu. Satu jawatankuasa akan dibentuk untuk memperincikan perkara tersebut," katanya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video