Skip to main content

Bola Sepak

Kadar cukai main peranan dalam perpindahan Ronaldo ke Juventus, kata presiden LaLiga

ronaldo.jpg
Kadar cukai tinggi yang dikenakan Sepanyol merupakan faktor yang menyumbang kepada keputusan Cristiano Ronaldo untuk menyertai Juventus, kata Presiden LaLiga, Javier Tebas.

Ronaldo menamatkan karier selama sembilan tahun di Real Madrid apabila bersetuju untuk beralih ke juara Serie A berkenaan dengan nilai $112 juta (RM455j).

Penyerang Portugal itu mengeluarkan kenyataan melalui laman sesawang Madrid untuk menjelaskan alasannya meminta untuk berpindah sebaik perjanjian itu diumumkan dengan menyebut mengenai keperluan terhadap cabaran baru di peringkat kariernya.

Bagaimanapun, Tebas percaya langkah itu juga sebahagiannya didorong oleh wang kerana pemain itu dapat meraih pendapatan lebih besar di Itali.

"Dia akan meraih lebih banyak wang daripada di sini," kata Tebas kepada TV Marca.

"Saya fikir cukai mendorongnya untuk ke Itali. Di sini, di Sepanyol, kita mempunyai masalah dengan cukai yang tinggi. 

"Berbanding liga besar yang lain, pemain di Sepanyol berdepan cukai yang paling tinggi.

"Bukannya bererti di tempat lain kadarnya jauh lebih rendah tetapi apabila anda memperoleh jumlah yang besar, maka perbezaan kecil dalam kadar ini dianggap besar terhadap para pemain," jelasnya.

Pemenang lima kali Ballon d'Or serta penjaring gol terbanyak Madrid itu selesai menandatangani kontrak selama empat tahun dengan Juve.

Advertisement

Must Watch Video