Skip to main content

Bola Sepak

Kad merah bantu kami -- Benjamin Mora

benjamin-morae82abf0a3d81604aa734ff0000212b38.jpg

Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, memuji komitmen anak buahnya yang bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan 3-1 ke atas Felda United, malam tadi.

JDT -- turun dengan misi menebus kehampaan tewas dalam aksi Piala Sumbangsih minggu lalu -- tersentap dengan jaringan awal The Fighters menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-22.

Bagaimanapun, nasib mula menyebelahi JDT apabila Felda United terpaksa beraksi dengan 10 pemain susulan kehilangan khidmat Hasni Zaidi yang dibuang padang.

Hasilnya, JDT tampil dengan gol pertama menerusi tandukan pemain pertahanan, Fadhli Shas, pada minit ke-26 sebelum Gonzalo Cabrera dan Brian Ferreira menyumbat gol kedua dan ketiga perlawanan bagi mengesahkan tiga mata.

"Sudah tentu kad merah itu membantu kami untuk menguasai hantaran bola. Kami menewaskan pasukan yang baik dan selepas mendahului 3-1, kami mendominasi hampir keseluruhan permainan," ujar Mora.

Sementara itu, jurulatih Felda United, Azmi Mohamed, mengakui momentum pasukannya terjejas selepas kehilangan Wan Zack Haikal kerana kecederaan dan kad merah Hasni.

"Kita dapat melihat pemain saya tidak dapat mengawal keadaan dengan tekanan yang diberikan JDT.

"Beraksi dengan 10 pemain di gelanggang lawan sememangnya terlalu sukar," ujar Azmi.

Advertisement

Must Watch Video