Skip to main content

Bola Sepak

Kad kuning kelima Nasri dibatalkan

nasri-available-for-las-palmas-after-yellow-card-rescinded.jpg
Samir Nasri boleh beraksi bersama Sevilla dalam pertemuan LaLiga menentang Las Palmas hujung minggu ini selepas kad kuning yang diterimanya dibatalkan. 

Nasri mengutip kad kuning kelima musim ini ketika seri 0-0 dengan Villareal minggu lalu, yang turut menyaksikan sepakan penaltinya ditepis Sergio Asenjo. 

Perancang tengah itu sepatutnya menjalani penggantungan satu perlawanan dan dengan kad kuning kelima yang dibatalkan, ini bermakna Nasri boleh menghadapi Las Palmas yang masih belum tewas di tempat sendiri sepanjang musim ini. 

Nasri memainkan peranan penting di Sevilla yang kini mampu mencabar kejuaraan dengan menduduki tangga ketiga LaLiga apabila menyumbang dua gol bersama skuad kendalian Jorge Sampaoli itu. 

Sevilla kini dipisahkan tiga mata dengan Real Madrid dan kegagalan Nasri menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan terdahulu menjejaskan usaha mereka untuk terus mengekori rapat peneraju LaLiga itu yang masih mempunyai kelebihan dua perlawanan. 

Advertisement

Must Watch Video