Cristiano Ronaldo menjadi batu penghalang kepada jentera serangan Juventus dan perlu dijual oleh gergasi Itali itu sebelum jendela perpindahan ditutup, menurut bekas presiden, Giovanni Cobolli Gigli.
Pemain antarabangsa Portugal itu menyertai Juve daripada Real Madrid denngan nilai perpindahan €100 juta (RM495.1j) menjelang kempen 2018-19 dengan kontrak lumayan selama empat tahun.
Dia kini memasuki tahun terakhir perjanjian itu dan dikaitkan akan meninggalkan Turin selepas meminta namanya diletakkan di bangku simpanan ketika menentang Udinese, kelmarin.
Gigli pernah mempersoalkan tindakan presiden kelab ketika ini, Andrea Agnelli, memancing Ronaldo dan dia sekali lagi mendakwa Juve telah melakukan kesalahan besar ketika membawa masuk bintang tersohor itu.
"Saya selalu bersikap jujur: menandatangani Ronaldo adalah satu kesilapan," kata Gigli yang menyandang jawatan di antara musim 2006 dan 2009 kepada SerieANews.com.
"Tidak mungkin mereka akan mendapatkan semula pelaburan ke atasnya dan ia akan kekal seperti itu.
"Dia pemain yang hebat tetapi saya harus jujur -- semakin cepat dia pergi, semakin baik untuknya dan juga Juventus.
"Saya harap Massimiliano Allegri tahu bagaimana untuk terus menggunakan sentuhannya seperti yang dilakukannya terhadap Udinese. Maksudnya, berdasarkan kelicikan dan ketika perlawanan sedang berlangsung.
"Ronaldo menjadi batu penghalang di bahagian serangan Juventus. Tanpanya, mereka mampu melakukan yang lebih baik secara kolektif."

Paris Saint-Germain (PSG) dimaklumkan kelibat pemain Portugis itu ada dalam pasaran sebelum memutuskan mengikat Lionel Messi awal bulan ini, sementara perpindahan ke Liga Bolasepak Utama (MLS) juga menjadi satu kemungkinan.
Namun, pengurus Juve, Allegri, baru-baru ini menegaskan bahawa dia diberi jaminan oleh Ronaldo yang tidak berniat untuk berpindah bulan ini.
Dengan jendela perpindahan akan ditutup dalam masa seminggu lagi, Gigli telah mendesak Juve agar fokus mencari pengganti pemain berusia 36 tahun itu sambil mencapai kesepakatan baru dengan Paulo Dybala.
"Memperbaharui kontrak Dybala dan menjual Ronaldo pada minggu depan adalah langkah terbaik untuk semua pihak," katanya.
"Tetapi saya tidak percaya seseorang seperti Ronaldo mampu dipasarkan dalam tempoh tujuh hari."
Ronaldo telah menyumbat 101 gol dalam 134 penampilan sejak menyarung jersi gergasi Serie A dan memenangi lima trofi sepanjang tiga musim pertamanya di Itali.
Dia meledak 29 gol dalam 33 perlawanan liga musim lalu untuk menduduki senarai penjaring terbanyak, sekali gus menjadi pemain pertama yang memenangi Kasut Emas dalam Serie A, LaLiga dan Liga Perdana Inggeris (EPL).