Skuad futsal wanita negara menerima tamparan hebat apabila dua jurulatih utamanya telah meninggalkan pasukan tujuh bulan sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur berlangsung, 19-31 Ogos depan.
Selepas dua bulan membimbing pasukan sejak November tahun lalu, jurulatih, Fairuz Mohd Noor, dan penolongnya, Ruzaley Abdul Aziz, kini sudah tidak lagi bersama skuad negara.
Pengesahan itu dibuat pengurus pasukan, Normala Mohd Yusof, hari ini, yang turut mendedahkan kem fasa ketiga skuad negara dikendalikan oleh Muizzudin Haris sejak bulan lalu.
"Kontrak yang ditawarkan kepada ketiga-tiga jurulatih ini hanya dua bulan, dan perlu memperbaharuinya setiap dua bulan. Jadi jurulatih ini (Fairuz dan Ruzaley) tidak bersetuju dengan kontrak yang diberikan.
"Bagi saya, tiada masalah memperbaharuinya setiap dua bulan tetapi atas keputusan sendiri, mereka tidak bersetuju. Jadi, kami terpaksa membawa perkara ini ke mesyuarat nanti," kata Normala.
Perkembangan ini sudah pasti menggugat peluang negara untuk meraih emas dalam temasya dwi-tahunan itu.
Ini memandangkan skuad futsal wanita merupakan pasukan kedua terbaik di Asia Tenggara berdasarkan pencapaian dalam Kejohanan Futsal AFC 2015.
"Kalau diikutkan memang kami kekurangan jurulatih. Saya rasa ia terjejas juga kerana seorang jurulatih membimbing satu pasukan bukan mudah.
"Jadi, dalam masa yang sama, saya telah mengarahkan pegawai teknikal untuk mencari dua lagi jurulatih yang berkelayakan bagi membantu pasukan negara," katanya.