Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Jurulatih Mexico letak jawatan

juan-carlos-osorio_.jpg
Juan Carlos Osorio telah meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Mexico selepas mereka sekali lagi tersingkir dalam pusingan 16 Piala Dunia buat kali ketujuh berturut-turut.

Pengendali berusia 57 tahun itu merupakan perancang di sebalik kemenangan 1-0 El Tri ke atas Jerman dalam aksi pembukaan di Russia, disusuli dengan kemenangan 2-1 ke atas Korea Selatan.

Bgaimanapun, rentak cemerlang mereka tercalar apabila tewas 3-0 kepada Sweden, manakala kemenangan Korea Selatan ke atas Jerman memastikan mereka mara ke pusingan 16 sebagai naib juara Kumpulan F sebelum tewas 2-0 kepada Brazil.

Selepas berkhidmat selama tiga tahun, bekas pengendali New York Red Bulls dan Sao Paulo itu memilih untuk tidak melanjutkan kontrak hingga saingan Piala Dunia 2022.

Persatuan Bolasepak Mexico mengucapkan terima kasih kepada Osorio di atas dedikasi, semangat serta komitmen ketika membimbing pasukan.

Advertisement

Must Watch Video