Skip to main content

Bola Sepak

Juarai liga jika tewaskan United? Ia tidak masuk akal, kata Guardiola

pepguardiola-cropped_30y9eia2xp591w6u7jazmifv6_1.jpg
Pep Guardiola percaya sifat sukar diramal dalam liga utama bola sepak bermakna "tidak masuk akal" untuk mempertimbangkan Manchester City boleh merangkul gelaran Liga Perdana dalam pertembungan jiran setempat menentang Manchester United pada April ini.

City mengalahkan West Brom 3-0 pada pertengahan minggu ini sementara jiran dan pesaingnya, United, tewas 2-0 di Tottenham, melebarkan jurang kepada 15 mata di puncak liga dengan 13 perlawanan untuk diteruskan.

Sekiranya perbezaan kedua-dua pasukan itu kekal sama ketika skuad Jose Mourinho itu tiba di Stadium Etihad pada April ini, kemenangan akan memastikan gelaran juara buat City. 

Mourinho hari ini memberitahu pemberita bahawa United dan pasukan lain sedang bermain untuk merebut tempat kedua, namun Guardiola tetap yakin ada halangan yang tidak boleh dipandang mudah pasukannya.

"Tidak masuk akal untuk memikirkannya," kata Guardiola dalam sidang media menjelang aksi menentang Burnley, malam ini. "Kami hanya perlu memenangi aksi seterusnya dan seterusnya.

"Tiada masalah, perkara paling penting adalah cuba berjuang sehingga akhirnya menjadi juara. Percayalah, ini tidak masuk akal -- ia tidak penting.

"Saya tahu jarak 15 mata cukup baik pada masa ini tetapi dalam bola sepak dan sukan, semuanya boleh berlaku, anda baik hari ini tetapi esok boleh menjadi buruk.

"Kami akan bermain pada Sabtu (malam ini) selepas dua setengah hari berehat. Kami akan memberi tumpuan kepada apa yang perlu dilakukan dan kemudian kami akan lihat.

"Satu-satunya cara untuk memenangi gelaran seperti Liga Perdana, LaLiga atau Bundesliga adalah konsisten dalam setiap perlawanan.

"Itulah sebabnya mengapa Liga Perdana adalah gelaran paling penting. Ia menunjukkan konsistensi anda setiap minggu. Sebab itulah ia gelaran paling bernilai bagi saya dan mengapa kami ingin mencuba mendapatkannya," hujahnya.

Advertisement

Must Watch Video