Pertemuan menentang China B-23 dalam dua perlawanan persahabatan nanti adalah merupakan ujian pertama jurulatih skuad Malaysia B-23 kendalian Juan Torres Garrido itu apabila mengambil alih daripada E. Elaverasan.
Melalui dua perlawanan ini akan tahu bagaimana kebijaksanaan pengendali dari Sepanyol itu menggunakan pemain-pemain yang dipilih ke China walaupun dikhabarkan tidak semua pemain yang diinginkan dapat bersama, namun penulis yakin ia juga sebuah pasukan yang baik kerana setiap pemain yang dipanggil mempunyai kualiti, terutama daripada segi teknik dan ‘game IQ’.
Jika di lihat dari latar belakang Juan Torres, dia tidak mempunyai masalah untuk adaptasi corak permainan mengikut falsafah bola sepak Malaysia kerana sudah pasti dia ingin selari dengan apa yang akan dilakukan Kim Pan Gon di skuad utama Harimau Malaya.
Itu disebabkan Juan Torres pernah bersama beberapa pasukan gergasi dalam liga remaja Sepanyol dan sudah tentu ia akan bermain secara ‘build up attack’ dan bermain dengan hantaran-hantaran pendek serta transisi pantas sebagaimana yang telah diamalkan oleh pemain-pemain yang dimiliki ketika ini.
Apa yang semua maklum, kebanyakkan pemain-pemain yang bersama Harimau Malaya B-23 ini telah didedahkan cara bermain secara ‘build up attack’, ‘high pressing’ dan ‘play through center’ semenjak dari peringkat umur lagi kerana kebanyakkan mereka ini telah bersama-sama di dalam Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) serta ditempatkan di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) dan di sinilah mereka telah diberikan didikan serta pendedahan bermain bola sepak moden selain meningkatkan kualiti teknik individu.
Jika bermain mengukut formasi 3-4-3 dan sistem yang sama dengan skuad utama, ia tidak menjadi masalah kerana Juan Torres mempunyai Mukhairi Ajmal, Syahir Bashah di bahagian midfield serta Najmuddin Akmal dan Luqman Hakim di bahagian serangan.
Mereka ini telah memahami cara bagaimana untuk melakukan serangan dan pasti akan bermain mengikut apa yang dikehendaki Juan Torres kerana mereka pemain yang punyai pengalaman. Lebih penting, pengendali dari Sepanyol itu perlu yakin dengan kualiti pemain yang beliau ada dan perlu memberikan mereka kebebasan membuat keputusan selain mengikut taktikal yang diterapkan, apabila semua berlaku pasti skuad Malaysia B-23 sebuah pasukan yang mampu memberi cabaran pada Piala AFC 2024 di Qatar nanti.