Pertahanan Manchester United, Luke Shaw, meniupkan kata-kata semangat terhadap Phil Jones yang membuat penampilan pertamanya selepas hampir dua tahun dalam kekalahan 0-1 kepada Wolves, awal pagi tadi.
Kali terakhir Jones memulakan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ialah ketika bertemu Burnley pada Januari 2020 tetapi kecederaan yang membelenggu Harry Maguire dan Eric Bailly, di samping komplikasi COVID-19 oleh Victor Lindelof, menyebabkan United kekurangan pertahanan.
712 hari adalah jurang terpanjang yang pernah ditempuhi mana-mana pemain United yang tidak berpindah termasuk tempoh pinjaman.
Bekas pertahanan Blackburn Rovers itu yang terlepas keseluruhan musim 2020-21 akibat kecederaan menjadi pemain gantian yang tidak diturunkan dalam lima perlawanan liga musim ini, tetapi akhirnya terpilih untuk mengukuhkan benteng sejak tiupan wisel pertama apabila digandingkan di samping Raphael Varane.
United beraksi hambar dalam kekalahan pertama mereka di bawah tunjuk ajar Ralf Rangnick itu, tetapi Jones sekurang-kurangnya masih boleh berbangga selepas mempamerkan persembahan mantap.
Ketepatan hantarannya setinggi 90 peratus, sementara dia juga mempunyai kadar kejayaan perebutan bola terbaik dalam kalangan pemain United (87.5 peratus).
Tiga terjahannya tidak mampu disaingi oleh mana-mana rakan sepasukannya selain melakukan lebih dua lagi hadangan penting daripada mana-mana pemain daripada kedua-dua pasukan (tiga).
Bagaimanapun, Jones diejek ketika berada di tepi padang berikutan ramai yang mempersoalkan mengapa dia tidak berpindah, tetapi Shaw berkata sudah tiba masanya rakan sepasukannya itu diberi penghormatan.
"Phil Jones boleh berbangga dengan dirinya sendiri," kata pemain antarabangsa England itu kepada Sky Sports.
"Dia sentiasa diejek selama beberapa tahun terakhir. Orang ramai sentiasa memburunya dan dia terperangkap dengannya. Dia begitu profesional dan telah berusaha keras, dia mendapat ganjarannya pada malam ini.
"Dia tidak beraksi selama setahun dan ini adalah perlawanan besar pertamanya sejak kembali. Dia luar biasa. Jelas sekali saya sangat gembira bagi pihaknya selepas apa yang dilaluinya. Dia seorang lelaki yang baik dan dia berhak mendapatnya."
Jaringan lewat Moutinho itu bermakna United tewas dalam dua perlawanan tahun baru sejak tiga musim terakhir -– sebelum itu, mereka hanya tewas dua kali dalam 23 perlawanan tahun baru.

? Great to see @PhilJones4 back out there.#MUFC | #MUNWOL pic.twitter.com/3QKCpOS4o4
— Manchester United (@ManUtd) January 3, 2022