Bayern Munich adalah harapan terbaik Eropah bagi menafikan impian Real Madrid untuk melakar kejayaan ketiga berutut-turut dalam Liga Juara-Juara Eropah, kata pengerusi kelab Bavaria itu, Karl-Heinz Rummenigge.
Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam separuh akhir bagi mengesahkan skuad mana yang akan mara untuk bertemu sama ada Liverpool atau Roma dalam final di Kiev bulan depan.
Jika juara Bundesliga itu mara, mereka akan berentap bagi menamatkan musim 'treble', selepas turut menumpaskan Bayer Leverkusen 6-2 semalam untuk menempah slot final DFB-Pokal.
Ia adalah persembahan yang meyakinkan bagi Rummenigge -- yang memenangi dua Piala Eropah sebagai pemain -- untuk melihat Bayern mengatasi Los Blancos.
"Itu adalah demonstrasi kualiti bola sepak yang kami ada dalam pasukan pada masa ini," kata Rummenigge kepada pemberita.
"Pasukan ini mendapat kepercayaan penuh dan saya percaya peminat Bayern pada masa ini seperti berada di syurga.
"Kami perlu mengekalkan tumpuan kami untuk separuh akhir Liga Juara-Juara tetapi jika ada pasukan yang boleh mengalahkan Real Madrid pada masa ini, ia adalah Bayern."
Sementara itu, Rummenigge menganggap perang kata-kata di antara kelabnya dengan pengarah bola sepak Eintracht Frankfurt, Fredi Bobic, kini sudah berakhir.
Bobic mendakwa gergasi Jerman itu sebagai "tidak profesional" dalam pendekatan untuk melantik jurulatih Frankfurt, Niko Kovac, sebagai jurulatih baru mereka.
"Saya rasa Fredi telah melihat sebab-sebab selepas kami berbincang untuk menenangkan situasi," kata bekas penyerang Jerman Barat itu.