Pemain tengah Jerman, Leon Goretzka, tidak sabar untuk berdepan Chile dalam final Piala Konfederasi, Ahad ini, setelah melakar kemenangan 4-1 ke atas Mexico, awal pagi tadi.
Goretzka menyumbang dua daripada empat gol tersebut dalam tempoh lapan minit pertama perlawanan, sekaligus membantu skuad kendalian Joachim Low melakar kemenangan besar.
Penyerang muda RB Leipzig, Timo Werner, serta pemain tengah, Amin Younes, turut melakar nama selaku penjaring dengan gol tunggal Mexico hadir menerusi Marco Fabian.
Low mengambil pendekatan berbeza kali ini apabila membawa pemain muda ke Sochi, Russia, bagaimanapun tindakan itu ternyata membuahkan hasil apabila mereka mengutip tiga kemenangan berturut-turut di Stadium Fisht.
Bagaimnanapun, mereka terpaksa bangkit daripada ketinggalan 1-0 sebelum melakar keputusan seri berdepan juara Copa America, Chile, dalam aksi peringkat kumpulan di Kazan.
Pemain tengah Schalke, Goretzka, percaya mereka berhak mendapat keputusan lebih baik berdepan skuad Amerika Selatan itu.
"Secara peribadi, saya gembira kerana dapat berdepan Chile sekali lagi," katanya ketika sesi sidang media.
"Kenapa? Kerana di peringkat kumpulan, keputusan perlawanan tidak memuaskan.
"Jadi, sekarang kami diberikan peluang sekali lagi untuk membuktikan kami sebuah pasukan yang hebat."
Persembahan mantap daripada pemain berusia 22 tahun itu turut menarik minat kelab gergasi Jerman, Bayern Munich, yang dikhabarkan tertarik dengan corak permainannya.
Ditanya sama ada Goretzka lebih sesuai bermain sebagai pemain tengah yang menyerang atau tidak, Low berkata pasukannya bertuah memiliki pemain sepertinya.
"Dia boleh menyerang dan bertahan," ujar Low, yang memuji larian pemain itu ketika menyerang.