Joachim Low masih belum memutuskan calon yang akan mengambil alih tugas Manuel Neuer yang tercedera sebagai ketua pasukan Jerman.
Neuer disisihkan dalam aksi persahabatan menentang Denmark, awal pagi esok, sebagai persiapan menentang San Marino bagi jadual kelayakan Piala Dunia dan Piala Konfederasi selepas ditimpa kecederaan jari kaki (metatarsal) di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich ketika menghadapi Real Madrid, April lalu.
Low telah menamakan skuad kurang berpengalaman untuk menentang Denmark tanpa membariskan Mats Hummels, Toni Kroos, Mesut Ozil serta Thomas Muller, manakala dua tonggak Hoffenheim, Kerem Demirbay dan Sandro Wagner, dijangka akan membuat penampilan pertama.
Jurulatih yang memenangi Piala Dunia itu belum pasti siapa yang akan memakai lilitan itu ekoran ketiadaan pemain berpengalaman meskipun memberi isyarat pemain pertahanan tengah Arsenal, Shkodran Mustafi, antara calon sesuai.
"Saya belum buat keputusan lagi," kata Low kepada pemberita.
"Kami juga mempunyai pemain yang pernah terbabit dengan tugas pengurusan bersama kelab.
"Sudah tentu saya akan mencurahkan pengalaman dan membantu pemain muda. Mereka bukan asing bagi saya. Saya gembira dengan semua pemain yang dipanggil -- ini adalah detik yang menyeronokkan.
"Mustafi jarang diturunkan kerana saya sering mengetengahkan gandingan Mats Hummels dan Jerome Boateng dalam kejohanan. Saya percaya dia banyak membantu pemain muda dan kurang berpengalaman kerana dia juga boleh memainkan peranan dalam tugasan pengurusan.
"Kami mempunyai tiga pemain yang pernah menyertai kejohanan: Mustafi, Julian Draxler dan Emre Can. Saya berasakan ia jelas berkenaan siapa yang akan menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin dalam Piala Konfederasi.
"Pemain yang sering membuat penampilan akan dipilih. Saya akan menurunkan pemain berbeza dari awal permainan, bergantung kepada situasi perlawanan Piala Konfederasi. Anda akan melihat pemain muda manakah yang berkemampuan untuk menggalas tanggungjawab."
Bagi Mustafi, dia tidak memikirkan peranan itu selain daripada teruja untuk bergabung semula dengan bekas rakan sepasukan dalam skuad muda Jerman, termasuk Marvin Plattenhardt dan Amin Younes, yang mungkin membuat kemunculan pertama ketika berdepan Denmark nanti.