Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, percaya jendela perpindahan menjadi semakin sukar saban tahun, terutama membabitkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ketika ini, The Reds hanya mendapatkan Mohamed Salah dan Dominic Solanke bagi menghadapi musim 2017-18 dan Klopp menuntut kesabaran tatkala mereka sedang berusaha memburu beberapa pemain lagi.
Beberapa rundingan berlanjutan lebih lama daripada jangkaan awal, namun pengurus berbangsa Jerman itu optimis Liverpool akan memulakan kempen dengan skuad paling mantap.
"Seperti biasa, jendela perpindahan adalah sukar," kata Klopp kepada laman sesawang rasmi kelab.
"Mungkin ia menjadi lebih sukar, terutama di England.
"Kami melaksanakan beberapa perkara yang bagus setakat ini. Walaupun anda tidak menyedarinya, kami sedang melakukan banyak kerja di belakang tabir.
"Ada kalanya anda perlu lebih bersabar dan itulah yang sedang kami lakukan. Kami perlu menunggu waktu yang tepat untuk melihat apa yang akan berlaku."
Dengan undian play-off Liga Juara-Juara Eropah tinggal sebulan sahaja lagi, Liverpool akan mempersiapkan diri menerusi lapan perlawanan persahabatan.
"Kami semua sedar dalam beberapa minggu lagi, kami akan berdepan perlawanan kelayakan dan akan wujud tekanan untuk perlawanan itu," tambah Klopp.
"Namun, kami mempunyai masa untuk bersedia dan kami perlu menggunakan asas yang telah dibina tahun lalu -- ia tidaklah terlalu teruk. Ia mungkin menjadi lebih baik sedikit atau lebih buruk.
"Kami adalah salah satu empat kelab teratas di England, musim lalu. Jadi, kami perlu kekalkan situasi ini dan terus meningkat.
"Skuad ini lebih kuat berbanding tahun lalu dan ia adalah penyebab untuk berasa optimis."