Skip to main content

Bola Sepak

Jelius waspada ancaman PKNP FC

jelius-ating_1.jpg
Sang Badak tetap berhati-hati walaupun berdepan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) di hadapan penyokong sendiri di Stadium Likas, malam esok.

Pengendalinya, Jelius Ating, berkata PKNP FC sebuah pasukan yang semakin menunjukkan peningkatan dan beliau sangat menghormati pasukan berkenaan walaupun hanya bestatus kelab dan baru dalam saingan Liga Perdana.

"Kami hormati PKNP FC. Walaupun mereka pasukan baru dalam liga, mereka telah membuktikan keupayaan, terutama dalam dua aksi Piala Malaysia, baru-baru ini.
  
"Bagaimanapun, kami sudah bersedia untuk perlawanan ini (bertemu PKNP FC). Kami bekerja keras dalam setiap sesi latihan...siapa pun lawan, kami akan cuba atasi mereka," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.

Sementara itu, bekas pemain itu berkata dia hanya akan membuat sedikit perubahan terhadap kesebelasan utamanya ketika menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka, minggu lalu.
  
"Kami akan membawa masuk Leopold Alfonso Otong bagi menggantikan Azizzan Nordin yang terpaksa menjalani penggantungan perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.
  
"Selain itu, saya juga mungkin akan menggunakan khidmat Umareng Bachok bagi menggantikan Maxsius Musa sekiranya dia belum sempat pulih sepenuhnya untuk aksi esok, yang lain kami akan kekalkan," katanya.
  
Sabah kini berada di kedudukan kesembilan liga dengan 14 mata hasil daripada empat kemenangan, dua seri dan lapan kekalahan.
 

Advertisement

Must Watch Video