Pengendali Sabah, Jelius Ating, tetap menyifatkan pertemuan 'Borneo Derby' dengan Sarawak di Stadium Likas, Sabtu ini, sebagai sukar walaupun pasukan berkenaan kini dipalit masalah rasuah.
"Bagi saya, dalam kes Sarawak ini cuma ada dua kemungkinan. Pertama, ia mungkin menjejaskan persiapan mereka menghadapi kami dan yang kedua pula, pasukan itu mungkin telah menyelesaikan masalah prestasi mereka sebelum ini.
"Apapun yang berlaku, kami tetap akan berwaspada dan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi perlawanan itu," katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, hari ini.
Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) membuat kenyataan mengejut apabila mendakwa ada pemain pasukan utama negeri itu terbabit dengan rasuah selepas kekalahan 2-3 kepada Felcra FC dalam aksi liga lalu.
Susulan itu, dua pemain masing-masing berusia 28 dan 29 tahun serta seorang lelaki yang disyaki berperanan sebagai bookie ditahan reman selama enam hari bermula 15 Februari lalu untuk siasatan lanjut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam perkembangan lain, Jelius berkata persiapan pasukannya untuk menghadapi Sarawak berjalan lancar dengan kesemua pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan.
"Kami juga bersyukur kerana memiliki masa kira-kira dua minggu sebelum perlawanan ini (bertemu Sarawak), ia memberi peluang kepada pemain untuk berehat, terutama yang mengalami kecederaan selepas mengharungi jadual yang padat sebelum ini.
"Selain itu, kami juga sedang mencuba formasi baru susulan kemasukan pertahanan import, Francis (Kasonde) yang baru didaftarkan. Saya harap para pemain akan cepat menyesuaikan diri dengan perubahan formasi dan taktikal ini," katanya.