Skip to main content

Bola Sepak

Jelius anggap kemenangan ke atas PDRM beri motivasi

sabah-010717.jpg
Kejayaan mengejutkan PDRM 1-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi menjadi motivasi kepada skuad Sang Badak untuk terus mencatat keputusan baik dalam perlawanan akan datang.

Skuad kendalian Jelius Ating itu berjaya membawa pulang tiga mata hasil jaringan tunggal penyerang import dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon, pada minit ke-77.

"Walau sekadar menang tipis, kemenangan ini sangat penting kerana ia memberi kami motivasi untuk terus memburu kemenangan dalam aksi akan datang. 

"Perlawanan malam tadi juga adalah yang pertama buat kesemua empat pemain import dan ia sesuatu yang positif," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas perlawanan itu, Jelius berkata dia berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan anak buahnya dan berharap ia akan terus meningkat dalam aksi akan datang.

"Kedua-dua pasukan bermain dengan baik. Kami memiliki beberapa peluang untuk menambah jaringan, begitu juga PDRM yang beberapa kali mencemaskan pintu gol kami, namun rezeki berpihak kepada kami," katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video