Skip to main content

Bola Sepak

JDT tidak mampu bersaing di Asia jika miliki mentaliti seperti itu -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
'Apakah perubahan dan perbezaan yang mereka telah capai?'

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menegur penggiat bola sepak yang berfikiran mundur sehingga mencetuskan sentimen negatif dalam kalangan saingan tempatan.

Malah, ada segelintir yang mencemburui pencapaian juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor darul Ta'zim (JDT), sambil mengadu tidak mampu memberi cabaran setimpal. 

Kekecewaan yang dikongsikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkenaan isu tidak sihat dalam industri bola sepak negara jelas memberi tamparan hebat kepada Malaysia berikutan kualiti yang sedang ketinggalan.

"Ini memalukan dan negara jiran seperti Thailand serta Indonesia juga nampak mentaliti di sini.

 

"Sepatutnya kita mendesak pasukan untuk bangkit lebih profesional dan bersaing dengan kemampuan," titah baginda. 

Selain daripada agenda tarik diri dan menganggap liga sudah mati, TMJ menyeru supaya menghentikan kontroversi tersebut dan membina sebuah kelab yang baik.

"Kita tidak lihat mentaliti sebegini dalam liga-liga lain walaupun ada pasukan yang jauh lebih mendominasi berbanding kelab lain.

"Kami terus berkembang, bertambah baik dan meningkat ke tahap yang lebih tinggi setiap tahun," tambahnya.

Dalam masa sama, Pemilik JDT itu juga tidak berselindung apakah akan terjadi sekiranya Harimau Selatan turut memiliki mentaliti sebegitu. 

"JDT juga tidak akan mampu bersaing di pentas Asia jika kami memiliki mentaliti seperti itu, kerana bajet kami jauh lebih rendah berbanding banyak pasukan lain, termasuk dari Asia Timur, namun kami masih mampu menamatkan saingan di tempat ketiga daripada 12 pasukan pada musim ini.

"Mentaliti bola sepak di negara ini sedang mundur ke belakang, bukan kerana mereka inginkan apa yang anda ada, mereka cuma tidak mahu kita memilikinya," katanya. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video