Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

JDT, Lang Merah berentap awal

azman-adnan.jpg
Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), bakal mengharungi pertembungan ibarat perlawanan akhir apabila berdepan Kedah seawal peringkat kumpulan apabila diundi dalam Kumpulan C, hari ini. 

Kedua-dua finalis 2017 itu diundi dalam kumpulan yang sama di samping dua lagi pasukan, Kelantan dan MISC-MIFA FC. 

Sudah pasti, ia dianggap laluan seimbang buat JDT apabila cabaran terdekat hanyalah Lang Merah bagi memastikan mereka mampu mengungguli kedudukan teratas kumpulan sebelum mara ke suku akhir. 

Namun, ia bukan bermaksud mereka menidakkan kemampuan Kelantan dan MISC-MIFA yang tidak mustahil mampu melakar kejutan.

"Sama ada kami berjumpa di peringkat kumpulan atau dalam final, perlawanan tetap sukar. 

"Berdepan Kedah di peringkat kumpulan sekalipun, kami tetap akan menganggapnya sebagai aksi perlawanan akhir.

"Kami akan memberikan aksi 100 peratus dalam setiap perlawanan," kata pemain tengah JDT, Hariss Harun. 

Dalam masa yang sama, Kedah, yang tidak pernah gagal mara ke final Piala Malaysia sejak 2015, beranggapan undian kali ini lebih sukar berbanding musim lalu -- muncul juara peringkat kumpulan -- untuk turun dengan misi merampas Piala Malaysia.

"Kami bukannya bimbang dengan pasukan lain. 

"Ekoran prestasi yo-yo dalam kempen liga, jadi yang merisaukan kami adalah prestasi sendiri. 

"Dalam masa singkat ini, kami berharap dapat kembali ke tahap sebenar," ujar penolong jurulatih Kedah, Azmi Aziz. 


UNDIAN PIALA MALAYSIA

KUMPULAN A


Perak 
Terengganu FC
Kuala Lumpur 
Felcra 

KUMPULAN B

PKNS FC
Melaka United
Felda United
PDRM

KUMPULAN C

JDT 
Kedah
Kelantan 
MISC-MIFA FC

KUMPULAN D

Pahang 
Selangor 
PKNP FC
Sabah 

Advertisement

Must Watch Video