Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, tetap akan menurunkan barisan terbaiknya untuk pertemuan menentang Felda United malam ini walaupun berdepan misi penting kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), 31 Januari ini.
JDT akan bertemu kelab Thailand, Bangkok United, di tempat lawan untuk aksi play-off pertama ACL, empat hari selepas bertemu The Fighters.
Tatkala kedua-dua tugasan itu penting buat JDT, faktor kepenatan bakal menjadi halangan utama buat Mora untuk membentuk skuad ampuh berdepan Bangkok United, namun jurulatih itu memberi reaksi sebaliknya.
"Prestasi dalam liga amat penting dan sudah tentu kami mahu memenanginya lagi.
"Kami masih mempunyai masa (membuat persiapan) bagi perlawanan esok (hari ini) dengan menurunkan kesebelasan terbaik.
"Setiap pemain dalam pasukan ini adalah bagus," katanya.
Mora, bagaimanapun, tidak dapat menurunkan tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak, untuk menentang Felda ekoran kecederaan.
"Dia masih cedera dan hanya sedia diturunkan untuk perlawanan berikutnya.
"S. Kunanlan pula menjalani penggantungan dan untuk itu, saya akan membuat satu rombakan.
"Kalau tiada apa-apa masalah, maka saya tidak akan membuat sebarang rombakan besar berbanding perlawanan terdahulu."