Johor Darul Ta'zim (JDT) membuktikan kemampuan mereka untuk mencatat kemenangan besar tanpa bantuan sepakan penalti daripada pengadil selepas membenam Selangor 4-2 dalam Liga Super di Stadium Shah Alam, semalam.
JDT sebelum ini sinonim dengan isu penalti yang sering menyumbang kepada kemenangan mereka.
Bagaimanapun, dua jaringan Leandro Velazquez dan masing-masing satu daripada Diogo Santo dan Gonzalo Cabrerra menutup segala kritikan dengan membuktikan jentera serangan mereka masih ampuh mencetak jaringan.
Ia petanda yang cukup baik buat JDT menjelang perlawanan pertama Kumpulan E, Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang wakil Jepun, Kashima Antlers, Selasa ini.
"Mereka sentiasa akan berkata sesuatu tentang JDT.
"Mereka mengatakan pengadil membantu kami apabila kami memperoleh sepakan penalti.
"Saya tidak peduli, saya benar-benar tidak peduli.
"Kami hanya mahu bermain bola sepak dengan cara kami dan tidak mahu mengambil peduli tentang apa yang mereka katakan.
"Kami hanya perlu bermain bola sepak dan memenangi setiap perlawanan," kata pengurus JDT, Luciano Figueroa.
Bagi kem Selangor pula, ia merupakan kekalahan besar kedua mereka di laman sendiri selepas tumpas 0-4 kepada PKNS FC, 17 Februari lalu.
Kelemahan ketara di benteng pertahanan menyaksikan mereka menjadi pasukan paling banyak dibolosi dengan 11 gol dalam lima perlawanan.
"Itu sebabnya saya katakan saya perlukan masa.
"Taylor (Regan) pada awalnya tidak dapat diturunkan.
"Dia merupakan kekuatan utama kami dan dia terpaksa kembali beraksi kerana pemain nombor lapan mereka (Diogo Santo) amat kuat seperti kerbau.
"Kami tidak mempunyai pemain tempatan yang sekuat itu untuk bersaing dengannya walaupun selepas menurunkan Taylor. Saya perlu memastikan dia kekal cergas dalam perlawanan seterusnya.
"Pada saya, ia adalah perkara yang lebih penting.," kata ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan.